Sale!
al-aziz2

Al Aziz Syarah Al Wajiz 2

Rp99.000,00 Rp79.000,00

Penulis   : Imam Ar Rafi’

Tahqiq   : Ali Muhammad Mu’awwadh

Adil Ahmad Abdul Maujud

SKU: al-aziz-syarah-al-wajiz-2 Category:

Product Description

itab Al-Aziz Syarh Al-Wajiz atau Asy-Syarh Al-Kabir ini adalah merupakan antara barisan kitab-kitab besar dan menjadi rujukan utama dalam kalangan mazhab Asy-Syafi’i. Kitab ini adalah susunan, syarah (huraian) dan karya terkenal dari imam ar-Rafi’i rahimahullah (Wafat: 623H).

Kitab Al-Wajiz fii Fiqh Mazhab Al-Imam asy-Syafi’i ini asalnya adalah karya Imam al-Ghazali yang membukukan dan menyimpulkan pendapat-pendapat (atau matan-matan ringkas) fiqh mazhab asy-Syafi’i. Kemudian tampil Imam ar-Rafi’i yang menghurai, menjelas, dan mensyarahkan matan-matan atau teks kesimpulan tersebut ke dalam kitab khas yang besar dengan judul Al-‘Aziz Syarah Al-Wajiz.

Oleh itu kita akan lihat melalui kitab ini, penyusun akan mengemukakan teks Imam al-Ghazali tentang fiqh-fiqh dalam mazhab Asy-Syafi’i, lalu kemudian imam ar-Rafi’i pun menghurai dan menjelaskannya secara terperinci hujah dan dalil-dalil yang melatar-belakangi teks kesimpulan yang menjadi pegangan mazhab Imam asy-Syafi’i yang disimpulkan oleh Imam al-Ghazali tersebut. Selain itu penulis juga turut mengemukakan sekiranya terdapat perbezaan pendapat terhadap satu-satu bab fiqh, kemudian penulis menjelaskan pendapat yang kuat dan menjadi pegangan dalam kalangan mazhab asy-Syafi’i.

Buku ini turut dilengkapi dengan tahqiq dan semakkan oleh ‘Ali Muhammad Mu’awwadh dan Adil Ahmad ‘Abdul Maujud. Nota kaki atau catatan kaki disertakan oleh pentahqiq bagi membantu dan memudahkan para pembaca dalam membuat semakkan dan rujukan lanjutan.

Kitab ini adalah kitab yang besar dan tebal berjilid-jilid merangkumi pelbagai bab-bab penting perbahasan fiqh mazhab asy-Syafi’i, namun bagi edisi terjemahannya ini, pihak penterjemah atau penebit hanya berkenan menerbitkan jilid yang terkait dengan perbahasan bab solat. Maka siaplah dua jilid lengkap dengan diberi judul bagi edisi terjemahan ini sebagai Fikih Shalat Madzhab Syafi’i.

Semoga kitab ini walaupun hanya terbit sebahagian sahaja, namun bab solat ini bukanlah bab yang remeh, sebaliknya bab yang termasuk menjadi rujukan dan amalan kita seharian. Maka bagi yang benar-benar mahu mengkaji dan meneliti perbahasan fiqh solat dalam kalangan mazhab asy-Syafi’i, ini adalah antara kitab besarnya selain kitab-kitab seumpama Al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab, Fathul Bari, Al-Minhaj, Raudhatu ath-Thalibin, dan yang lainnya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Al Aziz Syarah Al Wajiz 2”

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *